![]() |
Setiap kali nak pegi bercuti... mesti isu ni akan berlegar-legar dlm minda dan fikiran aku! Org tak yah ckp depan2 aku pun aku dah tahu isu nie akan di perkatakan dan di sok sek sok sek kan! Aku tahu ada yg berniat menasihati dan mahu mengingati... tapi tak kurang jugak ade yg berniat nak menyakiti.!
Aku tahu dan aku sedar.. setiap kali aku nak pegi bercuti.. mesti akan ade sok sek sok sek mengatakan “pegi bercuti merata-rata.. tapi umrah tak nak pegi ke?” “daripada pegi ke sana, baik lah pegi buat umrah!”
Sejujurnya aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan nasihat yg cuba diberikan.. dan sejujurnya jugak ingin aku jelas kan disini, sudah pasti sebagai hambaNYA, aku juga ade perasaan ingin melakukan ibadah umrah! Persoalan nya bila masanya aku akan melakukan ibadah umrah? Insyallah akan tiba masanya nanti... pada aku umrah adelah satu ibadah... ianya bukan satu percutian tetapi lebih kepada lawatan yg beribadah.! So pada aku Ibadah umrah itu bukan lah satu perkara yg main2...
Aku tak nak pegi buat umrah atas desakkan orang lain.. aku tak nak pegi umrah semata-mata nak puas kan hati org lain.. aku tak nak pegi umrah semata-mata nak tutup mulut org.. aku tak nak pegi umrah semata-mata nak menunjuk pada semua org.. ‘weiii.. aku dah pegi umrah lah!’
Ketahui lah yg aku nak pergi umrah atas keikhlasan dan ketelusan hati sendiri... sama lah seperti mana aku berhijrah dari free hair kepada berhijab! Aku berhijab tanpa paksaan dari sesiapa... Alhamdulillah.. aku berhijab atas dasar sekelumit hidayah yg diberikan olehNYA... dan syukur aku berhijab dgn penuh keikhlasan di hati.! Aku tidak mahu lawatan ibadah aku itu menjadi sesuatu yg sia-sia... Insyallah.. masa nya akan tiba juga satu hari nanti.!
Yer.. memang mudah utk org mengata itu dan ini.. tapi siapa lah kite hendak mempersoalkan dan mempertikaikan itu dan ini tentang diri insan lain! Sebaik nya doakan lah yg baik2.. kerana ternyata doa itu jauh lebih baik dari mengata dan membuat sebarang pertikaian! :)